Nuffnang Ads

Day 2: Seharian di "Bukchon Hanok Village", Korea

Bukchon Hanok Village
Dari Ramada Hotel, station Subway terdekat adalah Seoul Station. Lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki (bergantung kepada ketangkasan kaki melangkah). Hari ni kami ingin melawat-lawat sekitar Bukchon Hanok Village. Untuk ke Bukchon dari Seoul Station, perlu tukar subway di Jongno 3(sam)-ga dan terus ke Anguk. Sampai di Anguk, kami berjalan kaki untuk ke Bukchon.


'Bukchon' bermaksud North Village
'Hanok' bermaksud Rumah Tradisional Korea
So, kalau digabungkan 'Bukchon Hanok Village' = 'Rumah Tradisional di Utara Korea'


Di Bukchon kami perlu berjalan kaki melalui lorong-lorong kecil sambil mengimbau suasana kota Seoul suatu masa dahulu. Perkampungan ini merupakan tempat tinggal pekerja dan anggota keluarga diraja semasa pemerintahan Dinasti Joseon. 


Untuk menjadikan Bukchon ini menarik, terdapat '8 Views Bukchon' yang perlu kita cari & ambil gambar untuk mendapatkan gambaran sebenar keseluruhan kawasan Bukchon. Di sini juga terdapat 'Guest House' yang ditawarkan dengan harga yang murah. Sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati suasana Bukchon yang mendamaikan.

Di Bukchon ini terletak istana 'Gyeongbuk' dan istana 'Changdeok'. Bukchon ini dianggarkan berusia sekitar 600 tahun. Kota ini dipelihara dengan sangat rapi dan menjadi tempat tumpuan pelancong yang ke Korea.

Antara barang souvenir yang dibeli oleh pelancong apabila berkunjung ke Korea ---> Stoking!

Dari Bukchon, kami menaiki bas bernombor 1 untuk ke station Subway Jongak (dah tak larat nak berjalan lagi). Kami sebenarnya ingin berhenti di station Anguk (subway yang kami turun semasa kami sampai, tetapi susah nak bgtau driver bus yang tak mahir bahasa lain kecuali Korea). At last kami turun je di mana-mana station Subway yang dia berhenti asalkan kami tak sesat.


Anak-anak yang dah kepenatan meronda seharian di sekitar Bukchon.



No comments:

Post a Comment