Nuffnang Ads

Day 1: Korea

LCCT Airport (Malaysia)
Malam sebelum travel ke Korea memang tak boleh nak tidur
1)   Excited
2)   Beg tak siap kemas lagi

Seawal pukul 3-4 pagi dah bangun untuk bersiap (nak siapkan diri sendiri bersama 3 anak) haruslah bangun seawal mungkin. Flight ke Incheon jam 7am, so sepatutnya berada kat LCCT lebih kurang pukul 5am.



3 anak yang perlu dihandle sepanjang jalan.



Oleh kerana terlalu excited nak ke Korea, so dalam flight terus pilih makanan Korea (Kimchi Chicken Duruchigi Rice). 


First time makan Kimchi, agak terkejut dengan rasa dia yang masam & pedas. Untuk Kimchi Chicken Duruchigi ni, Kimchi + ayam dimasak sekali, rupa seperti ayam masak merah.


Incheon Airport (Korea Selatan)
Tiba di Incheon Airport lebih kurang pukul 2:30pm (waktu Korea). Suhu di Korea masa ni lebih kurang 19 darjah. Alaa macam duduk dalam aircond je, x sejuk sangat. Sebab hujung bulan September nak masuk musim luruh.

Di bawah gambar beg-beg yang dibawa dari Malaysia, maklumlah duduk 3 minggu. Rasa macam nak bawa semua barang dalam rumah. 1 beg memang penuh dengan makanan Malaysia (itu pun hanya dapat bertahan selama seminggu lebih sahaja). Maklumlah anak lelaki agak kuat makan. Barang makanan di Korea agak mahal. 

Contohnya untuk beras 1Kg = 3,000won = RM11.25
ayam (peha sahaja) 2Kg = 13,000 won = RM48.75
Kebab Ayam = 5,000 won = RM18.75
Aiskrim Cone (Turki) = 3,000 won = RM11.25 
(Tukaran wang masa tu 1,000,000won = RM3,750
1USD = RM4.30)
Orang kata kalau nak makan jangan convert, tapi nak buat macam mana kepala ni sentiasa je rasa nak tahu berapa harga compare dengan duit Malaysia. hu hu hu


Oleh kerana beg terlalu banyak, nak kena handle 3 anak-anak lagi. So sampai-sampai di Incheon Airport kami terus cari bas untuk ke Hotel. (kalau naik Subway lagi murah). Untuk ke Ramada Hotel, bas akan berhenti betul-betul depan hotel. Kami dinasihatkan naik bas no 6702.

Tiket bas: Untuk orang dewasa (3 dewasa x 16,000won = 48,000won = RM180)
Untuk kanak-kanak start umur 7 tahun baru kena bayar tambang (10,000won = RM37.50)
Total harga naik bas: RM217.50 (jangan convert! ha ha ha)

Ramada Hotel
Perjalanan dari Incheon Airport ke Ramada Hotel selama sejam. Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 5pm. Pukul 5pm di Korea dah agak gelap. Pukul 6:18 sudah Maghrib. 
Ini merupakan hotel untuk kami menginap selama 3 minggu, Alhamdulillah agak selesa.

Yang paling tak sangka, dalam hotel ni ada dapur untuk memasak + mesin basuh. Hari-hari kami membasuh baju untuk elakkan lambakan baju kotor. Mesin basuh di sini siap dengan dryer (mesin terus kering). So senanglah sikit, membasuh baju di sini makan masa yang cukup lama (3-4 jam). huaaa jenuh menunggu.

Almaklumlah, excited bila sampai di tempat orang. Malam tu kami keluar ingat nak jalan-jalan + cari makan. Terkejut bila keluar, dengan peta di tangan try tanya penduduk setempat (untuk pengetahuan penduduk Korea sangat ramah, cuma mereka failed Bahasa English!) sangat susah ok.... So, kami sangat blurred xtau nak cakap bahasa apa.

At last ambil keputusan round-round dulu area Namdaemun market (ingat nak cari makanan, tapi tgk keliling semua menu berasaskan b*b*) huaaaa macam mana ni? So balik bilik, makan Maggi yang kami bawa dari Malaysia.....

No comments:

Post a Comment