Nuffnang Ads

Day 3: Sesat di Korea

Namdaemun Market

Hari ke-3 di Korea, masing-masing (anak-anak + diri sendiri) dah merungut kepenatan. So hari ni sekadar round-round sekitar Ramada Hotel (Mengikut kaki melangkah). 


Dekat Korea ni, pejalan kaki betul-betul mengikut 'Rule' sebagai pejalan kaki. (hanya melintas di 'Zebra Crossing'. Kalau nampak Zebra Crossing & tiada traffic light, boleh terus lintas (tak perlu tunggu kereta berhenti, rasa macam rajalah kat Zebra Crossing tu)).



Kalau ada traffic light pula, kena tunggu lampu untuk pejalan kaki tu 'hijau' baru boleh lintas. Selagi tak hijau, walaupun jalan kosong + hujan lebat. Tak boleh melintas!
Kalau takde Zebra Crossing (biasa untuk jalan besar) kena cari tempat melintas bawah tanah. So, untuk berjalan sendirian + bawa 3 anak yang masih kecil ni kami just jalan-jalan atas tanah sahaja (malas nak turun underground).




Jalan punya jalan at last jumpa Namdaemun Market. Dekat sini ada jual kebab ayam halal KRW5,000 = RM18.75. (Huaaa mahalnya).























Banpo Moonlight Rainbow Bridge


Malam ni ingat nak cari rainbow. Dalam salah satu website ada tertulis weekday rainbow start 8pm last 9pm. So berkejaran kami mencari tempat Banpo Moonlight Rainbow. Dari Seoul Station kami cari station Dongjak (tak perlu tukar train). Malam ni rasa agak confident setelah 3 hari di Korea (kami tak bawa peta). Di Dongjak, ramai rakyat Korea beraktiviti di sini walaupun esok adalah hari bekerja (ada yang berbasikal, ada yang berjogging dan ada yang sekadar berjalan). Cuaca malam di sini agak sejuk.



Sampai di Dongjak, kami tunggu rainbow di satu jambatan. Tunggu punya tunggu rainbow tak keluar-keluar. Sampailah lebih kurang pukul 8:45pm baru tergerak hati nak tanya orang sekeliling. Rupanya kami salah jambatan.... Huaaa




Myeondong


Oleh kerana agak frust sebab tak dapat tengok rainbow, kami ambil keputusan untuk singgah di Myeongdong (beza 2 station dari Seoul Station). Sampai di sini agak terkejut sebab sangat-sangat meriah. Banyak kedai-kedai kosmetik di sini. So, window shopping dulu! Dari station Myeondong kami ambil keputusan untuk jalan kaki je balik hotel sebab jarak antara station agak dekat (dengan peta tiada di tangan, sangat confident mencari jalan ke hotel). Last-last sesat! Huuuaaaaa nasib baik di Korea ni banyak "Tourist Information". Mereka masih bekerja walaupun lewat malam. 


Masalah yang sama untuk berkomunikasi dengan "Tourist Guide" ini.... masalah bahasa.... seperti bercakap ayam dengan itik. Just agak-agak je apa yang cuba mereka sampaikan. Tapi orang Korea ni baik (maybe rezeki kami jumpa dengan ramai orang yang baik-baik @ mereka kasihankan kami berjalan bersama 3 budak), untuk pengetahuan semua di Korea mereka 'dihadkan' mempunyai 2 anak setiap keluarga. 


Ini kerana kos yang begitu tinggi di sini. So, bila mereka tengok kami mempunyai 3 anak, mereka melabel kami sebagai 'kaya'. Ya, kami memang 'kaya', 'kaya dengan anak'. "Tourist Guide" ni tolong tunjukkan station terdekat yang boleh kami naik sehingga ke depan pintu. (Station City Hall - 1 station untuk ke Seoul Station).





No comments:

Post a Comment