Nuffnang Ads

Susu Ibu




Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Cara-cara Menyimpan Susu Ibu
Bekas Yang Sesuai:
   Ø  Bekas plastik @ Botol susu bebas BPA (Bisphenol-A) kecil.
   Ø  Breast milk storage liners
   Ø  Bekas kedap udara (keras & tahan dalam peti (freezer) Contoh: Bekas Dadih)

Cara Bersihkan Bekas:
Ø  Basuh dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
Ø  Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
Ø  Sebagai tambahan, boleh juga menggunakan tablet sterile.

Cara Simpanan Selepas Diperah:
Ø  Biarkan susu dalam suhu bilik (1 jam) selepas diperah. Setelah itu, masukkan dalam peti ais (bahagian fridge dahulu).
Ø  Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
Ø  Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Ø  Jika hendak campurkan susu bagi 2 kali perahan, pastikan suhunya sama sebelum dicampurkan.
Ø  Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.


Ketahanan Susu:
Ø  Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
Ø  Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
Ø  Peti sejuk 1 pintu:
·         bahagian fridge 4°C: 7 hari
·         bahagian freezer -15°C: 2 minggu
Ø  Peti sejuk 2 pintu:
·         bahagian fridge, 4°C: 5 hari
·         bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
Ø  Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
·         Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.


Menyahbeku:
·         Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais. Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu. First In First Out.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.


No comments:

Post a Comment