Nuffnang Ads

Day 4: Istana-istana Korea


Hari ke-4 di Korea, Papa kerja sebab hari ini hari Rabu. So Mama dengan 2 hero + 1 heroin nak pusing-pusing tempat menarik di Korea. Istana lama di Korea merupakan tempat wajib dikunjungi jika melawat Korea. So, hari ni kami target untuk pergi jalan-jalan ke salah satu istana lama Korea.


Sebelum memilih istana yang nak dilawat, meh kita tengok apa keistimewaan setiap istana tu:

Ada 5 istana besar zaman dinasti Jeoseon

1  Changdeokgung (Istana Kemakmuran)
Istana Kedua (1405) selepas Gyeongbokgung. Terletak di sebelah timur Istana Utama (Istana Timur). Merupakan salah satu Warisan Dunia UNESCO sejak 1997. Di istana ini terdapat Secret Garden yang terletak di belakang istana. Di istana ini juga sebahagian besar dari penggambaran drama Korea "Jewel in the Palace", "Moon Embracing The Sun", "Prince of The Legend", "Secret Garden".
Tutup hari Isnin
Harga Tiket Masuk: 3,000 won (dewasa); 1,500 won (7-18 tahun)
Subway: Line 3 (Anguk) Keluar Pintu 3

2  Gyeongbokgung (Istana Kebahagiaan Agung)
Istana utama (1395) dan yang paling luas. Merupakan simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea. Terdiri daripada 330 bangunan (kebanyakkan bangunan dihancurkan oleh Jepun pada tahun 1910 - 1945). Setelah Maharani Myeongseong dibunuh, raja bersama anggota keluarganya meninggalkan istana ini dan tidak pernah kembali. Di istana ini terdapat National Folk Museum dan National Palace Museum. Di istana ini juga sebahagian besar dari penggambaran drama Korea "Moon Embracing The Sun", "Dong Yi", "Queen In Hyun's Man".
Di istana ini pengunjung dapat menyaksikan upacara penggantian pengawal kerajaan setiap jam 10pg sehingga 3ptg di depan pintu gerbang utama.
Tutup hari Selasa
Harga Tiket Masuk: 3,000 won (dewasa); 1,500 won (7-18 tahun)
Subway: Line 3 (Gyeongbokgung) Keluar Pintu 5
Line 5 (Gwanghwamun) Keluar Pintu 2

3  Changgyeonggung (Istana Timur)
Istana (1483) yang kecil sedikit. Istana ini juga dihancurkan pada zaman pemerintahan Jepun. Kemudian, istana ini dipulihkan semula. 
Tempat bersejarah di dalam istana ini ialah
Gerbang Honghwamun, Jambatan Okcheongyo, Myeongjeongjeon, Sungmundang, Haminjeong, Gyeongchunjeon, Hwangyeongjeon, Tongmyeongjeon dan Kolam Chundangji.
Tutup hari Isnin
Harga Tiket Masuk: 1,000 won (dewasa); 500 won (7-18 tahun)
Subway: Line 3 (Jongno-3-sam ga)
Line 4 (Hyehwa) Keluar Pintu 4

4  Deoksugung
Istana (1592) ini pada awalnya merupakan kediaman Price Wolsan (Kakak Raja Seongjong). Setelah istana dibakar semasa pemerintahan Jepun, Istana Deoksugung dijadikan istana kerajaan. Apabila istana Changdeokgung dibangunkan semula, istana ini dijadikan istana pelengkap. Di istana ini terdapat National Museum of Modern and Contemporary Art
Di istana ini pengunjung dapat menyaksikan upacara penggantian pengawal kerajaan 3 kali sehari (11pagi, 2ptg dan 330ptg).
Tutup hari Isnin
Harga Tiket Masuk: 1,000 won (dewasa); 500 won (7-18 tahun)
Subway: Line 1 atau Line 2 (City Hall)

5  Gyeonghuigung (Istana Barat)
Istana (1623) pada awalnya disebut sebagai Gyeongdeokgung. Istana ini sangat besar. Istana ini digunakan bagi lokasi perpindahan raja apabila keadaan darurat. Pada zaman pemerintahan Jepun, istana ini dimusnahkan sepenuhnya. Sekolah Jepun juga didirikan di dalam istana ini. Istana ini dibangunkan semula pada 1990an. Di istana ini terdapat Museum of History dan Museum of Art
Tutup hari Isnin
Harga Tiket Masuk: PERCUMA
Subway: Line 5 (Seodaemun) Keluar Pintu 4

"gung" bermaksud istana


Changdeokgung Palace
OK, oleh kerana banyak sangat sampai 5 istana kita pilih 1 jelah yea... kalau boleh istana yang dipilih tu boleh menggambarkan kelima2 istana yang ada + mudah untuk berjalan2 dengan 3 anak-anak kecil ni. Istana yang kami pilih adalah istana Changdeokgung kerana tertarik dengan Secret Garden yang ada dalam istana tu....


Adik duduk dalam stroller, Abang-abang kena jalan kaki... Kebanyakkan masa adik tidur je dalam stroller tu.... Agak memudahkan pergerakkan Mama & Abang-abang untuk posing...



Ini layout istana Changdeokgung... 


Bila masuk dalam kawasan istana ni, memang automatic terbayang cerita Korea lama.



Dah penat pusing-pusing dalam istana masing-masing kelaparan.


On the way balik ke subway Seoul Station, anak-anak seronok menikmati pameran semasa berjalan kaki.



Malam-malam teman Papa ronda sekitar Seoul City.... Abang-abang semua dah penat, tinggal adik je yang ikut sebab siang dia dah puas tidur. Papa excited nak round Seoul City, tak sempat nak tukar baju kerja...


No comments:

Post a Comment