Sebelum ini just dengar sahaja penyakit Rotavirus RoTaViRuS ROTAVIRUS.....
Just tahu penyakit cirit-birit pada kanak-kanak.... Tak pernah nak ambil tahu secara
mendalam & terperinci..... Last week, anakku yang ke-2 dijangkiti ROTAVIRUS....
hmmmm masa ni baru mengelabah cari Pakcik Google....
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit-birit dan muntah yang amat teruk dikalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.
Simptom-Simptom @ Tanda-Tanda Jangkitan Rotavirus
- Cirit-birit berlarutan
- Muntah berterusan
- Sakit Perut
- Demam & Selsema
- Bau najis terlalu busuk
Cara Mengatasi Rotavirus
- Memberi bayi susu ibu
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit-birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah
Sumber: Info Rotavirus, Lagi Info Rotavirus
.jpg)
No comments:
Post a Comment