Tips Kebahagiaan RumahTangga
Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan @ ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah suatu bentuk belaian kasih sayang.
Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang antara suami isteri.
Perhatian
Mesti sentiasa mengambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
Persefahaman
Sebagai manusia yang bekerjaya, ini memerlukan pasangan yang lebih tolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya menjadi melampaui batas, menimbulkan syak & cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Percutian
Seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan (honeymoon) dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.
|
No comments:
Post a Comment